PERATURAN DAN ETIKA BLOGGING, POSTING DAN COMMENT

  1. Mestilah ahli kelas 509 tahun 2009 yang diberikan kebenaran. (Buat masa kini, semua masih berpeluang)
  2. Hanya boleh ditulis dalam bahasa dan loghat yang boleh difahami oleh ahli kelas 509 2009.
  3. Tidak menyentuh perkara-perkara sensitif yang berat dan sederhana seperti isu perkauman, benda lucah, fitnah dsb.
  4. Mesti menulis nama penulis sama ada di bahagian atas atau bawah posting. Nama mesti diketahui oleh ahli kelas 509 2009.
  5. Pengubahsuaian sebarang posting yang bukan hak milik sendiri adalah dilarang. Perkara ini tidak dilaksanakan ke atas Lembaga Pengarah blog.
  6. Sebarang pengubahsuaian blog terutamanya login name dan login password adalah HARAM sama sekali kepada semua ahli kelas kecuali Lembaga Pengarah blog. Perkara yang hanya dibolehkan ialah gambar (upload/copy).
  7. Mana-mana ahli yang melanggar peraturan dan etika blogging kelas 509 2009 akan dikenakan hukuman yang amat berat seperti dikeluarkan daripada senarai ahli blog.
  8. Peraturan dan etika blogging ini tertakluk kepada sebarang pindaan dan perubahan.